|
|
| Saturday, 13-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
12-14 Ogos2005: Konvoi ke Cherating
|
 |
|
di tol Karak
|
|
 |
|
di tol karak lagi
|
|
 |
|
berhenti di R&R Temerloh.. isik perut dulu.. maleq lapaq
|
| | View all 60 photos... |
|
(Bacalah pengembaraanku ini dengan puitis dan dramatis serta sadis)
Cherating yang indah dan damai mempesonakan.
Cherating sememangnya tergolong antara pantai yang terindah di mana ianya terletak hanya lebih kurang 30 KM daripada Bandar ibunegeri Pahang iaitu Kuantan. Lokasi yang strategik dan mempunyai pesisir pantai yang landai serta pasir yang memutih telah membuatkan atok’ terpanggil untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan disini. Sebenarnya, pada awalnya kami telah merancang untuk ke Pulau Pangkor. Namun, keadaan berjerebu yang tebal di sana, memaksa kami untuk menukar destinasi. Jadi setelah kami berbincang, kami sepakat untuk ke Cherating.
12 ogos 2005
Tepat jam 8 malam, semasa aku nak bertolak ke tempat R.V yang kami janjikan, mata aku terpaku kepada buletin utama TV3 yang menyatakan bahawa jerebu telah beralih ke arah utara dan antara kawasan yang terlibat adalah Pulau Pangkor. Dalam hatiku berbisik, mujurlah kami menukar destinasi ride kali ni. Kalau tidak mandi asap sahajalah kami. Sejurus itu, aku pun menghidupkan jenteraku yang sudah lama menunggu untuk aku memuntahkan tenaga dalamannya yang terpendam apabila aku memerahkan throttle. Tepat jam 8.10 malam, roda Darkangel ku mula bergolek menuju ke lebuhraya MRR2 melewati serdang dan Sg Besi. Memandangkan kami telah berjanji untuk bertemu di Projet Gombak pada jam 8.30malam, jadi aku meningkatkan kelajuan. Namun keadaan trafik jalanraya yang sibuk tidak mengizinkan Atok’ untuk memaksimakan kelajuan. Lebih kurang jam 8.35 malam Atok’ pun sampai di Projet Gombak. Di situ Dato’ Izham telah lama menunggu. Tapi kelibat batang hidung Dato’ Maleq dan Hairy masih belum kelihatan. Setelah agak lama menunggu akhirnya mereka tiba lebih kurang jam 9.13 malam.
Setelah minum, kami berempat bersama jentera masing-masing pun bertolak menuju ke lebuhraya Karak menyusuri jalan-jalan yang berliku. Konvoi bergerak dengan diketuai oleh Atok’ sendiri. Kami bergerak dengan kelajuan lebih kurang 90-110kmj sahaja untuk menghirup udara malam yang nyaman dan segar di sepanjang perjalanan. Kemudian, Atok’ melepaskan konvoi untuk bergerak secara free & easy. Apa lagi, Maleqlah orang yang mula-mula memecut meninggal Atok’ di belakang sekali. Dalam sedar atau tidak, kami telahpun memasuki lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang lurus. Di situ, kami meningkatkan kelajuan dan kami bergerak pada kelajuan 120-140kmj. Cuma atok’ yang hanya mengekalkan kelajuan pada 120kmj. Yang lain semuanya sekejap laju dan sekejap perlahan.
Lebih kurang jam 11.00 mlm, kami tiba di R&R Temerloh iaitu hentian (pit stop) yang kami janjikan untuk bertemu semula. Cuaca yang baik dan kedinginan malam yang menyegarkan menambahkan lagi keseronokan bermotosikal pada malam itu. Kami berhenti disitu untuk berehat sambil pekena teh tarik sambil sembang-sembang dan menggebang. “Fuhh, memang best kalo sejuk-sejuk dapat pekena ayaq hangat lagu nih.”. Kata Dato’ Izham. Lebih kurang 40 minit kemudian kami pun beredar dari situ. Sebelum itu, kami mengisi minyak di Shell terlebih dahulu kemudian barulah meneruskan perjalanan ke rumah atok’ di Jengka 4. lebih kurang 6 KM daripada R&R temerloh, kami keluar daripada LPT (exit Chenor) dan kami menyusuri jalan lama. Atok’ yang bertindak sebagai Lead Marshall tetap mengekalkan kelajuan pada 120kmj. Kedinginan malam lebih terasa kerana di kiri kanan jalan yang kami lewati merupakan kawasan kampung-kampung dan hutan kecil serta ladang-ladang kelapa sawit dan getah.
Tepat jam 1.05 pagi, kami pun sampai di rumah Atok. Deruman enjin jentera kami telah mengejutkan seluruh isi keluarga Ustaz Ibrahim terutamanya enjin moto Dato’ Izham. Ehehe.. senang sikit. Tak payah aku ketuk-ketuk pintu. Bagus jugak kalau moto aku pun bising macam motor Dato’ Izham. Ehehe. Kelihatan Abang Chik (abang kedua aku) terjengoi dimuka pintu sambil tersengih dengan machonya seraya mengucapkan salam. “Assalamualaikum…”. Kami bersalaman dan aku seperti biasa menghadiahkan ciuman di kedua-dua pipi Abah dan Mak yang kusayang setelah beberapa minggu tidak berjumpa. Tiba-tiba aku menjadi sayu melihatkan kelopak mata abahku yang berair kesedihan. Kenapa? Aku pun tak tahu. Katanya dia tiba-tiba saja sebak apabila mendengar deruman enjin-enjin kami yang baru sebentar tadi sampai. Setelah itu, kami hanya bersembang. Perbagai cerita keluar dari mulut abahku yang sememangnya peramah dan pandai bergaul. Maleq, Hairy dan Dato’ Izham khusyuk berbual dengan abah dan abang aku. Aku pula hanya mendengar kerana aku ketika itu, rasa kurang sihat. Rasa macam nak demam yang sejak dari petang tadi lagi telah aku rasakan semakin kuat. Lubang idungku asyik berair saja. Tapi memandangkan aku telah berjanji dengan diorang untuk berkonvoi, aku gagahi juga. Lebih kurang jam 3 pagi, barulah kami melelapkan mata.
13 Ogos 2005
Tepat jam 6.40 pagi, aku tersedar dari tidur. Lantas aku mengorak langkah ke bilik air untuk mandi. Sementara itu, aku lihat ibuku sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi di dapur. Setelah menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, aku pun duduk menonton Astro yang sememangnya “macam-macam ada” manakala rakan-rakanku yang lain masih asyik dibuai mimpi-mimpi indah. Mungkin ada yang dah sampai ke Amerika agaknya.
Tepat jam 11.00 pagi, kami memulakan perjalanan ke Cherating. Kali ini, abang Chik juga menyertai kami. Kami berlima menyusuri pekan Maran kemudian memasuki lebuhraya LPT menuju ke Kuantan. Kami bergerak pada kelajuan 120-160kmj namun apa yang menarik perhatian kami adalah konvoi 3 buat kereta sport berprestasi tinggi iaitu sebuah Lamborghini, Ferrari dan Porsche yang bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi dilebuhraya. Fuhh.. tak terkejor yop.
Sesampainya kami di Kuantan, kami mencari tempat untuk kami mengisi perut. Namun keadaan trafik yang agak lambat, menyebabkan motosikal Dato’ Izham mengalami panas lampau (overheat) dan mati selepas lampu isyarat. Maka kami pun berhenti sebentar. Lebih kurang 20 minit barulah kami meneruskan perjalanan menuju ke Taman Gelora (berhampiran Teluk Chempedak) untuk makan tengah hari.
Setelah itu, kami ke rumah sahabat lamaku Suha di Tg Lumpur. Dia membawa kami untuk makan keropok lekor dan satar di gerai behampiran rumahnya. Memang sedap keropok dan sata disitu. Terima kasih brader pasai belanja rombongan kami.
Lebih kurang jam 5 petang, kami pun bertolak ke Cherating untuk mencari Chalet di sana. Kami tiba lebih kurang 30 minit kemudian dan terus menuju ke Cherating Duyong Beach Resort di Kg. Cherating. Melihatkan keindahan pantai di situ, aku terpaku lalu bertanyakan bilik kosong kepada auntie di situ. Kami bernasib baik kerana hanya tinggal 3 chalet yang kosong saja lagi. Sewanya juga murah iaitu cuma RM20 sebilik untuk satu malam. Keadaan biliknya? Bolehlaa setakat nak mandi-mandi dan tidur. Lagipun kami tak bercadang untuk tidur di chalet. Chalet itu cuma sekadar untuk kami mandi dan solat serta meletakkan barang sahaja. Kami memasangkan khemah di luar di tepi pantai. Setelah berehat menikmati udara pantai dengan angin yang menghembus laju lantas menyejukkan badan kami yang dari tadi terpanggang dek panas mentari, kami pun sama-sama berendam dipantai. Hampir masuk maghrib baru kami naik. Puas kami mandi.
Setelah selesai bersolat, kami hanya berbual ditepi pantai sambil menyaksikan persembahan karaoke yang diadakan oleh satu family day syarikat yang entah datang dari mana. Yang pastinya asyik menyanyi lagu dangdut sahaja. Naik tensen aku mendengarnya. Siap goyang inol lagi tuh. Adeiii…
Selepas itu, kami keluar dengan hanya berjalan kaki untuk mencari tempat untuk sesi melantak. Akhirnya kami memilih sebuah restoran yang tidak jauh dari chalet kami menginap. Pari bakar, tomyam, sayur kangkung dan telur goreng menjadi rezeki kami semua pada malam itu. Alhamdulillah. Sesekali, dikedai yang tidaklah terlalu ramai pelanggannya itu kedengaran tawa hilai kami yang memecah kesunyian malam. Pelbagai cerita keluar. Daripada cerita yang berkisar dengan jalan raya dan saman sehinggalah cerita hantu dan jin-jin. Abang Chik aku lah yang paling banyak bercerita pasal jin-jin ni di mana aku tau abang aku ni memang suka membaca. Tak kurang juga dengan cerita berkenaan dengan isu semasa di mana mereka membincangkan tentang masalah negara yang berkisarkan kepada peperangan bermula dengan perang di zaman nabi sehinggalah kepada perang dunia kedua dan terselit juga nama-nama seperti Kamal Atartuk, Saddam Hussien, Osama Laden dan sebagainya. Aku pula seperti biasa, hanya lebih banyak mendengar kerana aku masih pening-pening dek selesema lagi. Kami borak di situ sampai kedai hendak ditutup. Lebih kurang pukul 11.30 malam barulah kami pulang ke chalet kami. Di sini kami sekali menyambung perbualan kami di tepi pantai. Angin pantai masih menghembus laju. Suara-suara sumbang penyanyi karaoke itu masih lagi menjadi halwa telinga kami. Bolehlah buat buang bosan. Tapi bagi aku, mendengar desiran ombak yang memukul pantai adalah lebih mendamaikan. Setelah sekian lama kami berbual, seorang demi seorang masuk tidur di khemah. Akhir sekali tinggallah aku dah Dato’ izham yang tetap setia menjadi penghuni pantai. Tepat jam 3 pagi , kini hanyalah kedengaran desiran ombak yang tidak pernah jemu menjengah pantai walaupun tidak diundang. Tiba-tiba terasa titisan hujan nipis. Lalu aku bersuara, “hujan ni nak suruh kita masuk tidoq ni Dato’.” Dato’ izham menyeringai tersenyum lantas aku dan Dato’ Izham segera masuk ke khemah untuk menemani Maleq dan Hairy yang sudah lama lena diuliti mimpi. Maleq mungkin bermimpikan Awien, Hairy pula, aku tak tau la apa dia mimpi. Jangan ko mimpi ko panjat pokok kelapa’ udahla.
13 Ogos 2005
Dalam tidur yang lena, aku dikejutkan oleh satu ciuman yang mendarat di pipi kananku. Ciuman itu membuatkan aku cukup tersentak. Terus aku menampar si pencium yang mencuri untuk mencium aku. Namun, kepantasannya mengatasi kelajuan tamparan aku lalu aku mengaduh. Terus aku tersedar 100%. “siot punye nyamuk, kaco aku nak tido.” Tapi bagus juga nyamuk tu. Sekurang-kurangnya ia mengejutkan aku untuk bersolat subuh. Jam tanganku menunjukkan sudah hampir ke pukul 6.55 pagi. Mentari pagi mula menampakkan sinarnya namun wajahnya belum dapat kulihat. Aku bingkas melangkah malas menuju ke Chalet untuk berwudhuk dan kemudian aku segera menunaikan kewajipanku. Setelah itu, barulah aku mandi. Brrrr… sejukkkkk. Setelah itu, aku memeriksa jenteraku. Hmm.. semuanya OK. Kemudian, aku sekali lagi duduk di pantai menyaksikan keindahan mentari pagi yang kian bersinar megah menampakkan dirinya. Angin yang malam tadinya berhembus kencang, kini tiada lagi. Hanya kedengaran desiran ombak yang menghempas lembut ke pantai. Suasana pagi di sini amat tenang sekali bebas dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Cuma sesekali kedamaian di pagi ini diisi oleh tangisan si bayi di suatu chalet yang mungkin kehausan susu ataupun meminta lampinnya ditukar kerana sudah lencun dek air yang mengandungi garam galian yang tinggi itu.
Lebih kurang jam 9.15 pagi. Semuanya sedang bersiap-siap untuk bersarapan pagi. Kami keluar berjalan ke restoran yang terletak tidak jauh dari chalet kami. Sesampainya di restoran tersebut, aku memesan nasi lemak bersama segelas tea tarik. Best juga nasi lemak cherating ni. Tea tariknya yang panas sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bakteria influenza yang semakin membiak di lubang hidungku yang membuatkan aku selesema. Selesai bersarapan, kami pulang ke chalet. Dato’ izham dan hairy yang bagaikan tidak pernah berjumpa laut, terus ke laut untuk bermandi- manda lagi. Aku, hanya duduk di tepi pantai menyaksikan aktiviti sukaneka family day tersebut.
Jam menunjukkan 11.50 pagi. kami sedang memanaskan enjin jentera masing-masing. Tepat jam 11.53 kami memulakan perjalanan pulang kami menuju ke kuantan untuk ke rumah suha kerana dia bersama adiknya Leena juga akan bersama kami untuk pulang menuju ke KL 30 minit kemudian, kami telahpun tiba di rumah Suha. Di sini kami sekali lagi dihidangkan dengan satar keropok lekor. Terima kasih sekali lagi my brader. Sedap keropok lekor kuantan. Tapi Tea O Ais adik ko buat tu lagi best. Ehehe.
2.05 petang: kami bertolak dari kuantan menuju ke KUKTEM, Gambang untuk bertemu dengan seorang lagi bikers yang merupakan pelajar di situ. Kami disambut mesra oleh Bro Kyu yang segak lagi encem bergaya. Siap nak belanja kami makan. Tapi kami semua dah kenyang makan keropok lekor dengan satar ikan di rumah Bro Suha. Bukannya tak sudi. Next time lah hang belanja kami ye.
5.05 petang: kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya LPT yang lurus. Sebelum itu, kami bersalam-salaman dengan abang Chik kerana kami akan berpisah di exit Maran.
Pada petang itu, nasib kami kurang baik kerana laluan kami begitu berangin di mana kadangkala kami terpaksa memperlahankan kelajuan kepada 60kmj. Anginnya cukup kuat. Selepas melalui jalan yang berangin, hujan pula mencurah membasahi bumi yang tandus dan kegersangan serta rindukan kedinginan air bagi mengubati rekahan-rekahan tanah yang dapat kami lihat di kiri dan kanan lebuhraya LPT. Setelah hampir 1 jam meredah angin dan hujan, kami tiba di R&R Temerloh. Dalam kesejukan, sememangnya merupakan satu nikmat yang tidak dapat digambarkan apabila dapat menikmati hidangan tea tarik panas. Dengan tangan yang masih menggigil kesejukkan, aku memekup gelas panas dengan kedua tanganku sambil menghirup tea tarik itu. Fuhh.. memang best.
5.42 petang: hujan di luar telah pun reda. Kami meneruskan perjalanan menuju destinasi. Kali ini perjalanan kami lebih seronok. Cuaca yang mendung amat dingin dirasakan. Aku dan Izham hanya mengekalkan kelajuan pada 100-110kmj kerana aku mengekori suha dan adiknya leena dari belakang kerana moto suha baru sahaja dibaiki. Tetapi dato’ Maleq dan hairy sudah lesap. Dua orang ni memang gila kelajuan sikit.
6.49 petang: Genting Sempah: inilah pit stop terakhir kami. kami bersalaman dan kemudian akhirnya kami berpecah disini. Alhamdulillah…. Ride ini berjalan lancar tanpa apa-apa insiden berlaku.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
8-11 Julai 2005: Ku Keutara Lagii... la la laa..laaa.....
|
 |
|
TQ 4 jentera yang bekerja keras untuk kami dr 8-11 julai 2005.
|
|
 |
|
DAto Idham dok siap2 nak bertolak...
|
|
 |
|
Sampai kt Tol Juru, aku nmpk satu mende pelik..lori dgn 48tayar.
|
| | View all 40 photos... |
|
Hari ini.... aku ke utara lagi.. masuk ni dah kali ketiga tahun ni aku ke utara.. ride kali ni cume aku dan dato' Idham je.
Tanggal 8 julai 2005, manakala tepat jam 6.02am.. aku dah dikejutkan oleh bunyi alarm jam handphone akuh.... so, aku pn me'wake up'kan diriku. siap2 dan kemas2 baju.... pastu mandi2 ... dan bila aku dah ready... skang tibalah giliran 'darkangel'ku dikejutkan.... aku pn menarik 'choke' darkangelku stlh menge'on'kan suisnyer... lalu tanpa membuang masa.. aku terus menekan butang 'start'.... VROOOMMM....
Tepat jam 6.59am, roda badak sumbuku yang juga lebih dikenali sebagai miss DarkAngel mula bergolek menuju ke Lebuhraya Seremban-KL lalu menyusuri jalan Duta. Kemudian aku menghala ke Lebuhraya Utara Selatan. Lebih kurang 30 minit kemudia, aku telah sampai ke R&R Sg Buloh. aku berhenti disitu untuk mengisi minyak dan menunggu Dato' Idham seperti yang kami janjikan.... memandangkan Dato' Idham blom muncul2.... aku pn mensarapankan diriku direstoran jejantas tersebut... pekena teh tarik ngn nasik lemak pagi2 ni mmg best... kemudian aku menunggu Dato' Idham lagi.. janji nk RV di sini 7.30am... skali tk timbul2... tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu....hampir pkl 8.30 baru dia sampai... tkpalaa.. janji sampai.. so, stlh dia plak minum... kami pun bergerak... sblm itu, kami merancang perjalanan kami untuk on dan off hiway... so, tkdelaa busan sgt.. asik nak speeding je kalo masuk hiway... kami cume mengekalkan kelajuan pada 140-160kmj... cumer skali skala, cecahla 200kmj... kami exit ke Bidor untuk menikmati pemandangan di jalan lama plak.. best gak ikut jalan lama .. OK gak jalan lama... tkdelaa slow sgt.. bleh laa bwk 100-120kmj... kami berhenti disebuah R&R TEmoh.. aiks, jalan lama pun ada R&R? ehehe.. bagusss2.. sampai2 ja, kami disambut oleh seorang warga emas lalu berkata.. "Nih anak, pakcik nak tgk sikit moto hangpa buleh?" aku jawab.. "bulehhh, nak test ride pn buleh pakcik. bawaklah." "Isk, pakcik tak buleh bawak aih.... haluih sangat mutu hangpa nih. muahaahhha" best pakcik tu gelak.. lama gak kitorang lepak situ... hampir 1 jam gakla... lps tu kami meneruskan perjalanan... smpai kat Tapah... kami masuk Hiway Balik.. pastu... kitorang kuar sg petani.. masuk jln lama balik.. lagipn nk isik minyak.. pastu... tiba2..... BERSAMBUNG.....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ride: twined convoy..
|
 |
|
Dah sampai PD
|
|
 |
|
sampai2 jer.. lpk2 pekena tea tarik dulu...
|
|
 |
|
Hallmak bang.. so toughlaa yor badi.
|
| | View all 42 photos... |
|
aku, Dato' Idham ZX7, Kapt. Ajis & Ustaz Hadi makan angin sakan ari nih.. angin pantaii beb. Sedap.. tp masin skeetlaa… Spt yang dirancang, kami ke Port Dickson yang terletak lebih kurang 75km daripada bangi. Tepat jam 4.02 ptg (waktu tempatan), tayar mesin 4 lejang kami mula bergolek dengan supan skali.. tapi bila masuk je hiway, nilai2 kesupanan itu hilang... ehehe.. apa lg, psg auto cruising jerlaa thenn… zussss..tp lori treler tu lagila tak supann.. . siot btoi laa.... sib baik aku tk cioom bontot treler... tiba2 je dia masuk lane kanan.. signal tk bagii... Oleh sbb ituh, aku menghadiahkan sebuah ukiran senyuman paksa bersama tangan yang ku angkat sambil menggengam erat penumbuk... cume jari tengah aku jer, aku tk genggam..
Hari ni byk pulak kete kt hiway.. so, tk dpt speeding laa... dan kami tiba di PD lebih kurang 4.35ptg.. lgpun mak aku dah pesan…. “jgn laju2 sgt adeq, pelan2 dahla.. sampai jugak”.. aku jawab.. “Dah aihh makk.. cek tak pelan aihh”… sampai jer kitorang lepak2 dulu kt gerai tepi laut… fuhh.. nice view beb.. sambil pekena the tarikk… mmg best… pastu.. pi solat2 dulu.. thenn… kecebusshh….. plop plop blup3.. mandi lautt… wwwooo… best2… aku maleh dah nak citer… tgk je laa gambo2 kt atas tuhh..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
10June 2005 - kenduri dila & yuriny
|
 |
|
ketibaan raja sehari yang dinanti. lapaq nih.
|
|
 |
|
ehehe... silap lak.. igt pengantin td..
|
|
 |
|
Yang, abang lapo laa.. bila nk makan nih...
|
| | View all 24 photos... |
|
event: walimatulurus dila dan Yuriny
tarikh: 10 June 2005
Venue: dewan MPAJ ampang...
classmate aku yang hadir...
aku, man, Lan pekak @ rabun, tengku, fiza, Jureng, del, mas & partner, yatie, Mahadir dan family, Isa dan isteri, ed, ayat, sapa lg ekk.. aku tk igt laa.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ride: ulu lgt-jelebu-k klawng-spg pertang-ayer itam- triang-jgka
|
 |
|
view yg menarik jauh dr kesibukkan kota.
|
|
 |
|
wahh.. lagi memukau. aku terpesona.
|
|
 |
|
keindahan panorama disini buatkn aku utk berhenti seketika.
|
| | View all 27 photos... |
|
Act, hari ni aku dah plan ngn padil utk ke kenduri kawin Mastura Alhabshi di Melaka... skali dia tk jadi pi ngn akuh.. so, aku tuko plan. malehlaa nk pi kenuri sorang2... lagipun idham pn kene keje.. dia terpaksa cancel utk konvoi ngn aku.. so, aku ride solo laa... kebetulan lak anak sedara pupu aku dari perlis dtg.. so, aku ajak dia jadi pilion (bonceng) akuh... tkdelaa boring sgt..
so, aku balik jengka tp tak melalui jalan yang biasa aku lalui iaitu melalui karak... route yang pilih adalah berdasarkan peta mesia yang aku ada... aku lalu.... Hulu langat- jelebu- kuala klawang- titi- simpang pertang- ayer itam- kemayan- teriang- temerluh - jengka...
jalan ni mmg aku tk penah lalu.. mula2 igt nak lalu kuala pilah dan bukit putus tuh.. skali pikkir2 aku dah penah lalu jalan tu.. buat apa lalu lagi... so, aku pilih laluan tuh.... jalan yang paling best.. jelebu - k klawang... heaven giler routenyer.. best siott layan korner bsama dgn darkAngel akuh.. mmg aku asah tayar aku kiri kanan laa....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bgn Lalang Trip- mentekedarah ikan bakor
|
 |
|
Sunset yang mengasyikkan
|
|
 |
|
3 dara pungutan yang aku jumpe di bgn lalang
|
|
 |
|
itu aku dan potpet
|
| | View all 13 photos... |
|
1st Jun 2005 ... aku, potpet, watson, saleh, poh bedoh dan nurul was there..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
peristiwa 23May2005
|
 |
|
toughlaa abangg.. mmm.. slruppps
|
|
 |
|
lepak borak2 kosong... isk3... lagha3
|
|
 |
|
wak dok berangan ngn bdk sumbu hitam
|
| | View all 17 photos... |
|
Byk perkara berlaku pd hari ini...
1. lepak2 ngn idham, malek sampai pg.. kalo tk kitorang nk layan awana.. kebetulan wak ngge mai umh aku dr kota tinggi.. alih2 moto aku buat hal. batt weak... pasai aku nyer rectifier buat lwk... last2 lepak dpn umh aku jer smpai pagi.. siott....
2. hantaq mak pi airport yang beragkat mengerjakan umrah
3. padil belanja KFC
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
5-6March- Konvoi lubuk Yu, Jengka
|
 |
|
atok
|
|
 |
|
RV di projet tmn melati, gombak
|
|
 |
|
tiba di RR temerloh.. lepak2 sambil minum dulu.
|
| | View all 36 photos... |
|
Hampir 30 buah bikers joined ride ni.. Ride ni, scr tk langsung telah menjadi small family day for MBC. Ride ini telah diorganizekan oleh atok'.. otai MBC kita.. eheheh (masuk bakul sendiri angkat laa)
|
|
|
|
|