View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 29-May-2007 07:06 |
Email | Share | Bookmark |
|
18-20 Mei 2007:: Trip ke Pulau perhentian
|
|
Peserta yang join:
1. Aku
2. Watie
3. Chibo
4. Omak
5. Kakak omak
6. ayu
7. atan
8. hata
9. firdaus
10. najib
11. awek najib
12. fazli
13. fari
14. dilah
15. fidah
16. fizah
17. acik
18. acu
19. Intan
20. Ellya
21. lin
22. kawan fidah (sori, x igt nama)
23. adik kawan fidah (sori x igt nama)
Perjalanan ke Perhentian
Seawal jam 8 malam, aku masih lagi sedang mengemas barang-barang yang akan di bawa untuk ke pulau perhentian. Sedang aku asyik mengemas, tiba-tiba aku mendapat panggilan kecemasan daripada intan untuk bertanyakan dimana harus dia exit untuk sampai ke UKM bangi di mana tempat untuk kami berkumpul menunggu bas. Lantas aku memberi arahan untuk dia menunggu aku di tol bangi sahaja kerana aku akan menjemput dia dr situ. Semuanya bagaikan dirancang dengan teliti mengalahkan perancangan askar Jerman yang ingin menyerang Britain suatu ketika dahulu. Sebaik sahaja intan sampai di tol bangi, sejurus kemudian aku pula muncul dengan BMW 3 series aku. Tatkala aku sampai ditepi kereta intan, aku terus membunyikan hon mulut aku kerana kereta aku semamangnya tidak mempunyai hon. Rosaklah…. “hoii… moh ikut akuh”. Lantaran itu, dicermin pandang belakang, kulihat lampu kereta putra 1.8 yang berenjinkan turbo itu terpasang lalu mengekoriku dari belakang. Untuk tidak menjatuhkan martabat BMW 3 series putih yang kupandu, aku terus memecut laju menuju ke teras Jernang untuk memenuhkan perut2 kami yang telahpun menyanyi nyanyi. Setelah sampai ke gerai kegemaranku, kulihat si suha dan firuz telahpun sampai di situ. Apa lagi, kami mencari lokasi strategic untuk makan. Seketika kemudian, yati, Ellya, acu dan lin pula tiba untuk meramaikan majlis makan malam yang tidak terancang itu.
Setelah semuanya makan manakala jam pula menunjukkan hampir ke pukul 10.30 malam, kami pun bergerak ke Dectar UKM untuk menaiki bas disitu. Setibanya kami disitu, kulihat telah ramai yang menunggu tapi aku tidak pula nampak bas kami. Ayu, abang Sham, kak Watie, Chiboo, omak dan beberapa yang lain telah berkumpul di depan Dectar seperti yang dijanjikan. Beberapa minit kemudian, Fari, Dilah, Fidah dan Fizah pula sampai. Tidak lama kemudian kedengaran sayup deruman enjin bas dari arah belakang Dectar membeliakkan kembali mata kami yang kian mengantuk kekenyangan. Tepat jam 11.15mlm, bas kami mula bergerak ke destinasi. Menyusuri lebuh raya karak di dalam kepekatan malam sememangnya amatlah membosankan. Ditambah pula dengan bas yang hanya memasangkan radionya hanya untuk menjadi hiburan bagi bacteria bacteria yang terdapat didalam speaker bas tersebut sahaj. Namun, semangat untuk sampai di pulau perhentian yang telah menjadi sebahagian daripada perancangan aku sepanjang tahun 2007 cukup kuat dan ia membuatkan hatiku melonjak lonjak untuk segera sampai. Namun, mataku yang kian layu tidak dapat kutahan kerana siangnya aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan flash yang diberikan oleh Puan Nor Rizan kepadaku 2 hari sebelumnya. Lalu akhirnya aku terkulai lentok keletihan di tempat duduk di barisan belakang sekali. Sekali sekala aku terkejut dek bonggol dan lopak yang dilanggar oleh bas yang menyebabkan aku terlambung tinggi. Kesejukan malam yang ditambah oleh kesejukan hawa dingin bas persiaran yang bernombor BJD5888 itu benar benar menusuk ke tulang. Lalu kutarik baju sejuk hijauku dan membaluti tubuhku dengannya. Sebentar kemudian, kami telahpun sampai di bentong. Dan sebentar kemudian terdengar pekikan suara yang amat ku kenal. Itulah suara atan yang mengajak kami semua minum. Maka aku dengan stonenyer turun dari bas dan menuju ke gerai disitu. Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang luar biasa lantas biji mataku merayau rayau mencari sasaran dan akhirnya aku menemui sasaran yang tepat apabila mataku terpaku kepada tulisan yang tertera di suatu papan tanda yang kecil bertulis “Tandas”. Lalu aku memanjangkan langkahku menuju ke destinasi yang pasti itu. Seketika kemudian aku keluar dari bilik yang penuh berjasa itu lalu menuju ke gerai. Kulihat atan, omak, kakak omak, najib dan aweksnya telahpun berada di salah sebuah gerai di situ. Maka aku pun duduk untuk menyertai mereka. Seketika kemudian kak watie, chibo dan kemudian hata dan fazli pula sampai dan duduk menyertai kami. Dalam suasana awal pagi tersebut, semuanya kulihat berwajah ceria dalam mengantuk termasuklah aku sendiri. Lebih kurang 30minit kami disitu, kami pun beredar dan meneruskan perjalanan kami. Sebaik saja bas bergerak, aku pun merebahkan diri untuk menyambung kembali mimpi-mimpi aku yang indah. Jalan gua musang – kota bharu yang agak berliku itu kurasakan amat terseksa sekali ditambah pula jalannya yang kurang rata. Sesekali kepalaku tersadung arm rest kerusi bas dek selekoh yang tajam lalu membuatkan aku mengaduh kesakitan sambil merenyehkan muka menahan pedihnya. Namun, mengantukku telah mengubah kesakitan itu yang hanya bersifat sementara. Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami telah pun sampai ke kawasan rehat (apa ntah).. disitu, ada yang masih tidur dan ada yang hanya turun untuk memenuhkan kembali nikotin di dalam darah yang tidak dapat ditambah semasa di dalam bas.. dan ada juga yang turun mencari tandas untuk melampiaskan hajat yang tidak kesampaian sejak dari tadi. Aku juga tidak melepaskan peluang ini untuk meluruskan sendi-sendi yang telah lebih kurang 3 jam membengkok. Si pemandu dan pembantunya pula terus ke deretan gerai makanan untuk minum secangkir kopi bagi menahan mata dari terus mengantuk. Pancreas pula perlu di isi dengan bahan pembakar demi mengekalkan tenaga untuk segar sehingga ke awal pagi.
Lebih kurang jam 5.20pagi, bas mula bergerak. Kami berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh. Setelah bersolat, aku menghampiri atan yang sedang bertenggek di hadapan bas seraya berkata “kie, jom pekeno tea kelate. Nasi lemak pun ado tuh”. Kemudian atan menyeringai ke arah aku sambil menggeleng senget kepalanya ke arah restoran kecil berhampiran masjid itu. Aku hanya mengikut sambil mengajak jemaah yang lain iaitu hata, fazli dan firdaus. Tergoda juga aku melihat nasi lemak daun pisang yang dibungkus lalu dengan perlahan aku membuka bungkusan nasi lemak itu. Melihatkan sambalnya sahaja sudah cukup membuatkan aku terliur lantas aku mencapai sudu lalu aku memulakan suapan pertama dengan kalimah bismillahirahmanirrahim. Fuh, memang menyelerakan walaupun sambalnya kurasakan sedikit manis dan ditambah pula dengan tea tarik yang kupesan kepada penjual gerai itu. Memang menyelerakan.
Setelah selesai, perjalanan dimulakan dan tepat jam 8.15 pagi, kami telah pun berada di jeti Kuala Besut. Di situ, kami mengambil sarapan pagi. Aku dan sahabatku yang lain menuju ke restoran yang terletak di tepi laut. Setelah bersarapan, kami menaiki bot yang telah ditempah untuk menuju ke Pulau Perhentian Besar. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu kurasakan amat menyeronokkan. Maklumlah, bukannya selalu dapat menaiki bot laju yang mempunyai 2 enjin berkuasa kuda 150 untuk setiap satunya.
Sesampainya kami di Flora Beach Resort, kami terpegun sejenak melihat kehijauan air lautnya dan keindahan kawasan chalet tersebut. Keriangan jelas terbayang di setiap wajah kami. Kemudian setiap peserta mula turun daripada bot yang tadinya baru sahaja meredah arus lautan yang diperutnya sarat dengan isi keagungan ciptaan tuhan untuk manusia berfikir tentang kebesaranNYA. Hayunan langkah kami semakin laju menuju kea rah chalet. Aku hanya menuruti langkah yang lain sambil mataku tidak lepas dari menghayati keindahan resort tersebut. Tepat jam 11.30 pagi, kami telahpun berada di chalet sambil berehat sambil menunggu jam 3 petang kerana kami akan melakukan aktiviti jungle trekking.
Jungle trekking
Tepat jam 3.15 petang, kami telahpun berkumpul di hadapan chalet untuk masuk ke hutan. Biar pun bagiku masuk kehutan merupakan perkara biasa bagi ku yang selalu keluar masuk hutan kerana memancing dan menembak dulunya, namun, kali ini aku agak teruja untuk masuk menghayati keindahan hutan di pulau tersebut. Mungkin aku teruja kerana masuk kehutan secara berjemaah memang lebih menyeronokkan. Langkah kami pun bermula setelah memastikan tiada peserta yang tertinggal. Namun omak, kakak omak, ayu serta 2 orang sahabat Fidah tidak menyertai kami kerana bagi mereka chalet adalah syurga di samping ingin membenarkan otot-otot mata mereka mengeluarkan taik mata seterusnya dapat mengendurkan urat-urat kaki dan tangan mereka.
Perjalanan kami bermula dengan melompat longkang berhampiran dan kemudian, kami terpaksa menaiki bukit yang mempunyai kecerunan lebih kurang 60.589%. ianya tidaklah tinggi berbanding gunung-gunung yang pernah kudaki sebelum ini di mana perjalanannya memakan masa lebih dari 3 jam. Jadi, trek kali ini juga dapat memanaskan badan aku yang juga agak lama tidak mendaki. Fidah, Fizah, Fari, Dilah dan beberapa yang lain berjalan dengan penuh semangat di barisan hadapan manakala aku lebih selesa menjadi orang paling belakang atau di dalam konvoi motosikal aku lebih suka bertindak sebagai marshal sweeper.
Setelah lebih kurang 2jam berjalan masuk keluar hutan dan pantai, salah seorang peserta yang juga dikenali dengan Chibow telah mengalami masalah ‘karburator’ yang tersumbat menyebabkan dia pitam sejenak. Keadaan ini menyebabkan kami semua berjalan dengan perlahan kerana chibow tidak dapat berjalan dengan laju. Ada juga menawarkan diri untuk memapah beliau namun hasratku itu dibangkang keras oleh chibow sendiri. Oleh itu, saudari watie, dan azie yang bertungkus lumus membantu chibow berjalan.
Setapak demi setapak, longkang, paya, onak duri dan lembah kami jelajahi dengan keadaan yang agak sukar namun apa yang amat aku banggakan adalah semangat setia kawan yang terdapat pada semua peserta kerana semuanya ingin menolong dan tidak seorang pun yang berjalan meninggalkan rakan yang memerlukan pertolongan di belakang. Ada yang bertindak bagaikan seorang doktor pakar, ada yang memberi rawatan seperti seorang jururawat dan ada juga yang melontarkan nasihat bagaikan seorang bomoh kampong yang handal. Semuanya tampil ingin membantu. Disebabkan dek perjalanan yang agak perlahan itu, aku sentiasa dapat menjadi penderma darah setia kepada unggas-unggas dan nyamuk hutan yang senantiasa dahagakan darah lantas memungkinkan nyamuk tersebut mendapat penyakit diabetes kerana darahku sememangnya manis. Sesekali aku terpaksa menampar pipiku sendiri kerana tidak tertahan dek gatal gigitan nyamuk tersebut walaupun aku sebenarnya tidak berniat untuk membunuh.
Setelah berjalan lebih kurang satu jam setengah, kami pun tiba di chalet kami. Kini jam telahpun menunjukkan tepat pukul 6.48 petang. Tibanya di chalet, semuanya kepenatan lalu aku mengambil masa ini untuk berehat sejenak.
Mencandat
Selepas sahaja mandi dan solat maghrib, aku dan enam jahanam yang lain kebilik hata untuk makan. Sebenarnya kami telahpun membeli sedikit bekalan roti dan Maggie untuk makanan kami di pulau tersebut kerana sememangnya amatlah menyeronokkan untuk makan secara beramai. Lagipun harga makanan di pulau tersebut boleh tahan juga mahalnya. Sebentar kemudian terdengar sayup suara watie memanggil ahli-ahli yang ingin mencandat sotong. Lebih kurang jam 8.45 malam, seramai 12 orang “nelayan” daripada sekitar lembah Klang telah memulakan perjalanan meredah lautan dalam untuk mencandat sotong. Mereka ialah aku, hata, najib, firdaus, fazli, atan, fizah, fari, dilah, azie, intan dan Ellya.
Cuaca yang begitu baik bagaikan merahmati niat kami pada malam itu. Laut tidak bergelora bagaikan gembira menyambut kedatangan kami ditengah laut china selatan yang hanya berpenghunikan bot-bot nelayan yang juga mempunyai tujuan yang sama dengan kami. Sedang aku asyik mencandat, terdengar pekikan dari suara yang amat aku kenal dari arah belakang bot.. “eii.. sotong sotong sotong.. dapat sekorr”. Intan menjerit kegirangan. Rupanya atan telah dapat hasil yang pertama. “cis, aku ingatkan intan yang dapat”.. bisik aku. Lebih kurang 1 jam mencandat, namun aku masih tidak dapat menaikkan walau seekor sotong. Maka aku pun mencapai joran pancing yang baru kubeli. Kupasangkan mata kail bersaiz 16 dan meletakkan sotong yang telah atan perolehi tadi sebagai umpan. Ehehe.. sori atan. Setelah itu, kubalingkan ke dalam lautan yang pekat itu sambil mengagak kedalaman laut itu. Berdasarkan perhitungan aku daripada baki tali pancingku yang tinggal, kedalaman laut itu adalah lebih kurang 30meter. Tidak lama kemudian, kurasakan umpanku disambar ikan dan dengan pantas aku menggulung tali pancingku. Yes, hasil yang pertama berjaya aku naikkan walaupun hanya ikan kerisi kecil sebesar 4 jari. Aku yang tadinya mengantuk, kini segar selepas menaikkan hasil yang pertama itu kesan daripada aliran adrenalin yang laju. sejak itu, seekor demi seekor aku perolehi. Aliran adrenalin aku semakin kencang menujah jantungku menyebabkan aku hilang rasa mengantuk setelah aku berjaya menaikkan seekor ketam yang sebesar dua tapak tangan yang pada mulanya aku sangkakan hanyalah ketulan kayu. Seekor ikan kerapu sebesar 3 jari telah terpedaya memakan umpan pancingku yang menyebabkan pancingku melentok bagaikan ikan 10KG telah mengena. Hampir tercabut saliran darah yang membawa darah ke jantungku kerana tarikan ikan tersebut amatlah kuat. Tetapi kekuatan mesin Harpoon pancingku buatan Jepun yang mempunyai 8 bearing itu memudahkan aku memangkas hasrat ikan kerapu tersebut untuk melepaskan diri.
adus.. malas dah aku nk goring .. Bersambunglah kalo aku rajin nnti… ehehe
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|