 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Atok's Territory...
 By: atok lah
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 6-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
ride gilaa yang tak seberapa gile.
|
|
catatan perjalanan --> khas utk wak Ngge.. ehhehe
Jam di pejabatku menunjukkan tepat pukul 5 petang. tiba-tiba keinginanku untuk untuk blk berbuka puasa di jengka semakin kuat. lantas aku mengambil keputusan untuk pulang ke jengka yang jaraknya lebih kurang 220km.
Tanpa berlengah aku terus bergegas pulang ke banglo ku. sesampainya diperkarangan banglo mewahku yang indah itu, aku terus menghidupkan mesin berkuasa 600cc dan berkuasa kuda 100bhp itu utk tujuan pemanasan. 5minit kemudian aku keluar dengan lengkap berpakaian utk bermotosikal. ku kenakan sekali jaket cordura IZ-2 aku yang hitam dan ganas itu beserta dengan boot. aku tidak membawa apa2 beg pakaian kerana aku cume pulang utk berbuka puasa. kemudian aku pun memulakan pengembaraan ini dengan kalimah Bismillahirrahmaanirrahimm... tepat jam 5.20ptg, aku keluar dari perkarangan rumahku dengan tenang dan macho serta bersedia utk meredah segala jenis angin dilebuhraya termasuk angin lintang dan angin ahmar serta angin satu badan.
keadaan jalanraya agak sesak pada petang ini namun dengan mesin beroda dua ini, aku mampu mengekalkan kelajuan pada 100-140kmj. puas jugakla nak sampai ke hiway karak. lebih kurang jam 5.40ptg, aku telah memasuki lebuhraya karak dan inilah yg kunanti nantikan.
Sebaik sahaja memasuki lebuhraya karak, tenaga dr lubuk mesin bersesaran 600cc ini yang tadinya seakan terpendam dan meronta melonjak-lonjak minta dilepaskan, kini meluap bagaikan lava gunung berapi yang meletus di pinotubo beberapa tahun dulu. Tanpa kusedari, aku sedang berada pada kelajuan 200kmj. Lalu aku menurunkan sedikit tahap tekanan dikebuk pembakaran enjin 4 lejang itu hasil pembakaran di kebuk pembakaran mesinku dengan melepaskan sedikit trotle minyak. Aku meratah setiap selekoh yang melazatkan dan menggiurkanserta menghairahkan di lebuhraya karak dengan baik sekali pada kelajuan purata antara 160-200kmj. Sinar matahari petang yang samar-samat memancarkan cahayanya yang sirna serta cuaca dingin dan damai amat menyamankan aku disamping kehijauan dikiri kanan jalan yang memukau setiap pasang mata yang memandangnya..Setiap org pasti menarik nafas yang dalam memerhatikan kehijauan bumi tuhan yang indah ini. Namun, tiada apa yang lebih menarik bagiku selain menjilat lazat setiap selekoh yang ada. Mungkinkah ini juga dinamakan panggilan seorang ibu kepada anaknya untuk berbuka bersama.
Aku berhenti di petronas bentong untuk memenuhi tuntutan darkangelku yang dahagakan petrol dek tenaga batin yang sebentar tadi dilampiaskan dengan garang dan rakus sekali. Setelah mengisi petrol, aku kembali meneruskan perjalanan. Sebentar kemudian aku telahpn berada di lebuhraya pantai timur. Lebuhraya ini agak membosankan kerana jalannya lurus sahaja. Aku mengambil kesempatan ini untuk menghamburkan tenaga dalaman darkangel sekali lagi. Sekali lagi darkangel ku membuktikan yang beliau tidak pernah mengecewakan aku. Pada kelajuan 230kmj, hanya beberapa minit sahaja aku telahpun sampai di exit chenor. Perjalananku cukup lancar tanpa sebarang halangan kecuali berhampiran R&R Chenor, aku nyaris melanggar sebuah kereta BMW 525i (alaa.. yang baru tuuh) yang secara tiba-tiba keluar ke lorong kanan. Mungkin dia merasakan dia cukup laju Insiden ini benar-benar menguji kemampuan brek kawasaki daripada enkei dan brek pad dari Daytona. Ia ternyata cukup berkesan untuk memberhentikan jentera dan muatan yang seberat 300kg itu dalam masa signifikan yang cukup singkat. Kemudian aku melalui jalan dalam. Jalanraya yang cantik dan keadaan yang kurang sibuk membenarkan aku meredah angin yang berkelajuan 140-160kmj lantas membuatkan dedaun dijalanan beterbangan tanpa arah yang tetap. Cuma sesekali aku terpaksa memperlahankan kelajuan kerana melewati kawasan kedai dan pasar.
Tanpa kusedari, tepat jam 6.45ptg, aku sampai ke kampong halamanku yang kucintai. Alhamdulillahhh.
Sampai sahaja waktu berbuka, kami berbuka dengan penuh kesederhanaan. Setelah berbuka, aku bersolat dan tiba waktu isyak, aku ke masjid utk solat tarawikh. Sehabis saja solat tarawikh 8 rakaat, aku pulang dan berahat sebentar. Tepat jam, 10.30mlm, aku pun pulang ke bangi.
Perjalanan pulang ini, aku hanya makan-makan angin kerana agak berbahaya untuk memecut diwaktu malam dan tiada apa yang ingin aku kejarkan. Lebih kurang jam 12.30am, aku sampai di Gombak. Aku singgah untuk minum bersama rakan geng-geng 4sc. Setelah penat dan rasa mengantuk, maka aku pun pulang kerumah.
Sekian laporan dari bilik berita.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|